Products – Dropship & Dropshop

Friday, January 20, 2017

Rempah Mandy yameni (21Jan2017)

Rempah Mandy yameni:

Rempah Nasi Arab

Cara Membuat Rempah Nasi Arab

2 sudu besar buah pelaga
 2 sudu besar bunga cengkih
 2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
 1 sudu makan halia kering( saya pakai serbuk je)
 4 helai daun bay/salam

Grind semuanya sampai halus ( rempah ni saya x gunakan semua...tadi guna
2 sudu besar utk perap ayam dan 1 sudu utk nasi...masih ada lebih lagi...)

Ayam Mandy :
1 ekor ayam potong
4 (Rebus dengan air secukupnya hingga masak mengunakan
1 sudu rempah Mandy dan sedikit garam dan toskan, simpan air rebusan )
2 sudu rempah mandy
2 sudu serbuk jintan putih (yang ni la rempah killer dia...banyak sikitpun tak apa)
sedikit serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
 Garam
Gaul bersama, perap sekejap dan bakar dlm aluminium foil di alas dgn hirisan bawang besar dan lemon. Kalau suka boleh pan grill dlm kuali nonstick...sedap juga

Nasi Mandy
2 pot beras PUSA,
basuh dan rendam 20 minit...toskan
3 sudu minyak dan
 2 sudu butter ( tadi pakai minyak zaiton....minyak biasapun boleh)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih sesudu rempah mandy
buah tomato dibuang biji dan di dadu
bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun salam/bay.
3 pot air rebusan ayam tadi (2 1/2 pun blh...tgk beras)

 Tumis semua bahan tadi di atas...dah layu/sedikit brown...masukkan beras...kacau..dan masukkan air...tanak spt biasa. Hampir masak,titiskan pewarna kuning (takde saffron..heheheh), buat lubang di tengah nasi dan masukkan mangkuk kecil yang dibuat daripada aluminium foil..tuang minyak dalam mangkuk, masukkan arang bakar...tutup periuk, supaya asap dapat menyerap dalam nasi. 10  15 minit, buang mangkuk aluminium tadi dan gemburkan nasi. Siap!!

Untuk Sambal (Salata Hara):
2 biji buah tomato
3 biji cili api Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap

Untuk salsa:
1 biji buah tomato, buang biji dan dadu
1 biji timun buang biji dan dadu
1 labu bawang besar merah..dadu
2 biji cili api daun ketumbar perahan lemon..asam limau nipis lagi sedap la.. garam dan gula...gaul sebati...siap..


No comments:

Post a Comment