Products – Dropship & Dropshop

Tuesday, July 4, 2017

Asam Pedas Melaka + Johor : Melahor

Asam Pedas Melaka + Johor : Melahor

Resepi ni sgt sedap, hasil borak2 bersama tokey restoran asam pedas terkenal, bila kami cuba gabungkan asam pedas johor dan melaka! Nak admin kongsi, share cpt!

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong 6 keping atau 5 ekor ikan
1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam
2 sudu ketumbar biji - tumbuk
2 sudu jintan manis - tumbuk
5 sudu cili kering kisar - boleh tambah
2bijik tomato
8bijik bendey
3tangkai daun kesom

Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1bijik buah keras

Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi (wajibkan ia betul2 pecah minyak) dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya, baru letak daun kesom.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Letak tomato dan bendey hingga masak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment