Products – Dropship & Dropshop

Friday, July 14, 2017

AYAM HALIA VERSI CINA

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA

Sedap sgt ni, makan dengan nasi panas2, mau bertambah!!! Try la.. Share cpt!!!

BAHAN2:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:
➡️Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
➡️Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
➡️Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
➡️Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
➡️Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

P/s: klu ada majlis makan tu beringat! Nti kentot ajee hahahah

- Video kt bawah ni masakan yang sama, Ayam halia tp cara masak dia beza sikit. Dia tumis guna sampai perang lepas tu letak ayam bagi lekat perang tu..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1345059245589659&id=100002567903982

No comments:

Post a Comment