Products – Dropship & Dropshop

Monday, September 4, 2017

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT DAN KUAH DHAL

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT DAN KUAH DHAL.
Bahan-bahan (12-16 biji):
550gm tepung gandum
*250gm air
*Sebiji telur
*3 tsp susu pekat manis
*1 tsp garam
*1 tsp butter/marjerin
1-2 tsp tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli
Cara:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3. Uli hingga menjadi doh
4. Rehatkan doh selama 10 minit
5. Uli lagi selama 5 minit
** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali
6. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.
# Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih....tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi..Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut...
7. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar...
Untuk menebar ni yang perlukan skill...kalau tak pandai boleh guna dulang besar yang diterbalikkan (teringat mak buat macam ni masa saya kecik-kecik dulu...)
KUAH DHAL.
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing

No comments:

Post a Comment