Products – Dropship & Dropshop

Tuesday, September 26, 2017

ROTI BUTTER GOLOK

RESEPI ROTI BUTTER GOLOK VIRAL
Bahan
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur
Caranya
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.
2. Telur dipukul sedikit.
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah
kembang tadi dan uli hingga cantik licin.
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus.
Siap...
.

No comments:

Post a Comment