Products – Dropship & Dropshop

Wednesday, October 18, 2017

Kuah Rojak Buah Sedap

Resepi Kuah Rojak Buah Sedap 😍😍😍

BAHAN-BAHAN :

Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang)
Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life)
1/2 keping (kecil) belacan madu
1 senduk cili boh
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 ketul gula kabung
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar) bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan


CARA-CARA :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung,
bijan dan kacang tumbuk)

Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk

Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun.
Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati!
Siap.

No comments:

Post a Comment