Products available

Tuesday, December 12, 2017

RESEPI KEK PISANG GEBU

RESEPI KEK PISANG GEBU
Resepi: projek masak ibu azzah
.
Bahan-bahan
**************
Bahan A:
3 biji telor gred A
190 gm minyak jagung
200 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang
.
Bahan B:
250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek /hancurkan
.
Bahan C:
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
.
Notes
*boleh guna minyak masak ganti minyak jagung
*boleh guna sebarang jenama tepung gandum
*pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas
*kalau tiada telor gred A, guna greb B 4 biji
.
Cara-caranya
***************
1. Mula2, prepare loyang dulu. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang
2. Alas loyang dgn baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu.
3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yg sesuai, guna jer buntut gelas atau botol
4. Sediakan hirisan pisang utk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat2 pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah.
5. Ayak tepung dgn soda bikarbonat dalam besen.
6. Masukkan telor, minyak dan gula, garam dan esen dlm blender. Blend tak perlu sampai seminit pun. Yg penting gula hancur dan sebati dgn bahan lain.
7. Masukkan pisang lenyek dlm blender td & sambung blend 5 saat shj..5saat je k bkn minit
8. Next, curahkan adunan pisang ke dlm besen yg dah berisi dgn tepung yg dah diayak dgn soda bikarbonat.
9. Kacau dgn whisk atau spatula sampai sebati. Curahkan adunan ke dalam loyang.
10. Susun hirisan pisang td atas permukaan kek.nak tabur kacang badam /walnut pun boleh,lg sedap.
11. Bakar kek dgn suhu 160 selama 1 jam (sampai masak). Masa bakar sebenarnya bergantung pd oven korang juga. So, cara nak pastikan kek masak, bila cucuk dgn lid akan bersih (tak melekat sisa kek).
12. Siap..Boleh keluarkan panas2 dr oven. Kek yg keluar dr oven, bila suhu semakin turun, kek akan mengecut sedikit. Guna pisau, sisipkan tepi loyang utk mudahkan proses.
**just nk bgtau, kek ini lagi sedap makan esoknya. Lagi moist dan enak

No comments:

Post a Comment