Products – Dropship & Dropshop

Tuesday, December 12, 2017

RESEPI SOS PENCICAH THAI WARISAN

RESEPI SOS PENCICAH THAI WARISAN

BAHAN DIGUNAKAN:
7 ulas bawang putih dikopek kulit.
Garam dan *cili kering kecil* mengikut rasa.
2 kilo gula pasir atau 2 kilo gula kerek pejal (yang digunakan membuat somtam)
1 botol cuka.
2 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
Sedikit air
Daun ketumbar

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos.
Kacau sos selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan taburkan daun ketumbar yang dihiris.

Siap untuk dicicah bersama keropok lekor.

No comments:

Post a Comment