Products – Dropship & Dropshop

Friday, April 20, 2018

Mee Udang Berkuah Pekat

Mee Udang Berkuah Pekat

Bahan2nya ialah...

Bahan untuk Kuah

20 ekor udang saiz XL
2 ketul ubi keledek dikupas dan direbus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai dihiris
1 inci halia
1 genggam udang kering
1 pek perencah tomyam
10 tangkai cili kering
Sedikit minyak untuk menumis

1 kg mee yang dicelur (mee yang dlm pic adalah mee yang telah saya hasilkan sendiri. Resipi boleh ambil di wall saya.

Bahan tambahan
Sayur sawi dicelur
Fish kek dicelur dan dihiris
Tauge di celur
Cili besar dihiris

Cara memasak kuah
1. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, halia, serai dan udang kering.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 yang dikisar. Masak seketika hingga naik bau.
3. Blend ubi keledek yang telah direbus dan tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Tambahkan air, ikut suka kepekatan masing2. Masukan perencah tom yam. Bila kuah sudah mendidih masukkan udang. Masak sehingga udang timbul maka udang telah masak.

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan dengan mee kuning


No comments:

Post a Comment