Products – Dropship & Dropshop

Monday, April 16, 2018

Roti naik dan lembut

Roti naik dan lembut

3 1/2 cawan tepung gandum (saya pakai tepung gandum sauh)
2 sudu susu pekat
4 sudu gula
1 biji telur
2 sudu butter
1 cawan air suam
1 peket Mauripan


Tuang tepung dalam bekas. Masukkan mauripan. Gaul2 dia.
Masukkan gula, susu pekat, telur, butter. Gaul sebati.
Masuk air sikit2 sampai habis secawan. Kalau kurang air roti tak jadi lembut.
Uli sampai tak lekat kat tangan. Biarkan sampai naik. Lepas tu tumbukk bagi keluar angin.
Uli lagi. Lepas tu bulat2kan. Susun kat loyang yg dah disapu butter. Tunggu naik lagi.
Bakar 150c 20 minit.
Lepas bakar. Panas2 tu sapu butter dan tabur gula.

Cubalah.. lembuttt je kejadiannya.

No comments:

Post a Comment