Products available

Thursday, January 10, 2019

7 Petua Ikan Bilis Goreng Yang Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat

Berikut adalah tips dan petua yang boleh anda cuba untuk menggoreng ikan bilis yang rangup, garing dan crispy.
1. TOS / SANGAI SELEPAS BASUH
Selalu juga orang keliru sama ada nak basuh dulu ikan bilis atau tak. Kadangkala ada yang bagi tips tak payah basuh supaya garing. Tapi ada yang tak lalu nak makan kalau ia tak dibasuh dulu.
Sama ada anda nak mencuci atau rendam ikan bilis sebelum dimasak, terpulang. Yang penting, toskan ikan bilis seketika hingga kering dan tak berair.
Kalau nak cepat, boleh sangai (goreng tanpa minyak) untuk hilangkan kandungan air tadi. Lepas tu barulah goreng dalam minyak panas seperti biasa.
2. RENJIS / PERAP DENGAN CUKA
Satu lagi tips nak dapatkan ikan bilis goreng yang rangup adalah dengan menggunakan cuka.
Caranya, basuhkan bilis, toskan dan renjis dengan cuka makan sambil dirata-ratakan. Kemudian gorenglah macam biasa. Mesti rangup.
Boleh juga rendamkan terus dengan cuka selama lebih kurang 5 minit sebelum digoreng. Jangan risau, ia takkan menjejaskan rasa ikan bilis. Cubalah!
3. GORENG DENGAN ASAM KEPING
Kalau di rumah tak ada cuka, boleh letakkan asam keping dalam 2-3 keping semasa menggoreng.
Ramai dah cuba dan katanya memang rangup kejadian ikan bilis tu.
4. GAUL TEPUNG
Seperti yang kita tahu, tepung akan membuatkan gorengan kita menjadi garing dan crispy. Begitu juga halnya dalam kes ikan bilis ni.
Jadi, bila dah basuh ikan bilis nanti, gaul pula dengan tepung. Biasanya guna tepung beras atau tepung jagung. Kemudian goreng. Insya Allah garing dan tahan lama.
5. SIMPAN PETI SEJUK SEBELUM GORENG
Ada juga yang kata kalau nak rangupkan ikan bilis yang digoreng, biarkan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan tadi di dalam peti sejuk semalaman.
Esoknya keluarkan dan terus goreng macam biasa. Ia akan jadi rangup sebab air dari ikan bilis tu akan tersejat.
6. TUNGGU MINYAK HILANG BUIH
Cara nak menggoreng pun memainkan peranan juga dalam nak mendapatkan hasil yang krup krap krup krap.
Nak dapat hasil gorengan bilis yang mantap, seeloknya goreng dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan. Pastikan minyak dah panas masa nak masukkan ikan bilis.
Nak tahu dah garing ke tak, tunggu sampai ikan bilis berhenti berbuih. Terus angkat dan toskan guna tisu dapur. Bila dah agak sejuk baru simpankan dalam bekas kedap udara.
7. JANGAN SIRA ATAS API
Kalau yang nak buat sambal, jangan ada api masa masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
Jadi, bubuh sambal dalam bekas lain dulu dan kemudian barulah tuangkan bilis dan sirakan. Baru garing!
PILIH IKAN BILIS YANG ELOK
Satu lagi faktor yang penting adalah jenis ikan bilis yang dibeli. Seeloknya beli gred yang berkualiti, bersih, dan cantik.
Cubalah cari ikan bilis yang dalamnya ada garisan putih. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yang tebal dan isi dalamnya hitam, tapi rasanya memang sedap dan berbaloi. Boleh tahan rangup hingga berhari-hari dan ada yang sampai sebulan

No comments:

Post a Comment