Products available

Wednesday, January 9, 2019

Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
  1. Potong & Cuci
Pertama sekali, potong cili kering, buang bijinya dan kupas bawang putih. Kemudian, cuci bersih-bersih dengan menggunakan air paip.
  1. Rebus
Seterusnya, rebus cili kering bersama bawang putih sampai cili menjadi lembut. Gunakan air tapisan semasa merebus cili kering dan bawang putih ini.
  1. Toskan
Apabila cili dah lembut, toskan semua cili dan bawang putih di dalam periuk tadi.
Tak perlu basuh lagi sebab tadi ia dah dicuci bersih. Jangan basuh semula guna air paip, takut nanti cili kisar tak tahan lama.
  1. Kisar
Selepas ditos, biarkan sekejap agak-agak cili dan bawang putih dah sejuk sedikit.
Kemudian kisar semua bahan ini dengan menambahkan air tapisan supaya ia dapat tahan lebih lama.
Dan satu lagi, saya gunakan bawang putih dalam cili kisar ini sebab ia boleh bertindak sebagai anti kulat. Insha Allah boleh tahan lama dan tak berkulat.
  1. Simpan
Dah siap bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk. Walaupun nampak biasa, tapi ia boleh bertahan lama.
Memang memudahkan kalau ada stok cili kisar yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Bila-bila saja boleh gunakan untuk memasak.
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment