Products available

Sunday, December 25, 2022

NASI BRIYANI

RESEPI NASI BRIYANI  (4-6 orang makan)

Bahan-bahan: 
* 3 cawan beras basmathi – rendam 1/2 jam dan sejatkan
* 1 sudu besar minyak sapi
* 2 sudu besar marjerin/ planta
* 1/2 tin susu cair
* 1 biji bawang besar – dimayang halus
* 3 ulas bawang merah – dikisar halus
* 5 ulas bawang putih – dikisar halus
* 2 inci halia – dikisar halus
* 1 batang kayu manis
* 3 kuntum bunga lawang
* 5 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* 3 helai daun pandan – siat dan simpulkan
* Segenggam daun ketumbar (optional)
* Segenggam bawang goreng 
* Sedikit gajus
* Sesikit kismis
* Pewarna oren/ saffron 
* 1 kiub ayam maggi
* Garam secukup rasa
* 2 s/b rempah beriani – bancuh dgn sedikit air
* Air mengikut sukatan beras basmathi – biasanya air kena lebih sikit. Lebih kurang sukatannya 1:1 1/2
* 4 biji telur rebus 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali, Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan 
2. Kemudian masukkan bahan2 kisar – bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah beriani tadi, Tumis hingga wangi
3. Masukkan gajus dan masak hingga gajus keperangan
4. Masukkan kismis dan Kacau rata
5. Tuang air mengikut sukatan beras bersama susu cair
6. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih
7. Selepas itu, Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa. Masak hingga nasi kering.
8. Dengan menggunakan batang sudu, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron atau pewarna kuning. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng
9. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus saffron/ pewarna oren tadi. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seeloknya gunakan chop stick atau garfu.
10. Dah siap, boleh letakkan telur rebus dalam nasi. 
________________________________________________

Bahan Ayam Masala:
* 1/2 ekor ayam 
* 1 sudu garam masala
* 1 sudu serbuk ketumbar 
* 1 sudu serbuk kunyit
* 1sudu lada putih
* 1 sudu serbuk cili
* 3 sudu rempah kari daging Babas 
* Sedikit garam
* 1 sudu Bawang putih – ditumbuk 

Cara-cara: Gaul sebati semua bahan diatas dan perap ayam selama 30 minit

Bahan tumis:
* 1 bawang besar – Potong dadu
* 1 biji tomato – potong dadu
* 2 tangkai Daun kari *
* 1 sudu bawang putih – dikisar *
* 1/2 sdk Jintan manis *
* 1/2 sdk jintan manis *
* Kulit kayu manis*
* Bunga lawang *
* Bunga cengkih *
* Garam 
* Gula 
* Kiub ayam 
* 1/2 cawan susu cair 
* Minyak

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan bertanda * sehingga wangi
2. Kemudian masukkan bawang besar dan tomato yang dah dipotong dadu dan biar sebati
3. Masukkan ayam yang dah diperap tadi bersama sedikit air dan gaul sebati 
4. Tambah susu cair, garam dan gula secukupnya. 
5. Tutup periuk biarkan ayam masak/ empuk dalam 15-20 minit. Kacau sebati buat agak berkuah sikit, dah siap boleh tabur daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan

Kredit: Fatimah Saari

#resepi #resepimenambatselera #nasibriyani #nasi #briyani #basmathi #ayam #ayammasala

No comments:

Post a Comment