Products available

Sunday, December 24, 2023

tomyam stail fiza

Pertama sekali, panaskan minyak kemudian gorengkan kepala udang dengan kulit udang sehingga ia bertukar warna perang dan keluarkan

Kemudian, kisarkan gorengan kepala udang dan kulitnya dengan air. Selepas itu, tapiskan sebelum masuk ke dalam kuali yang sama.

Kalau nak tahu, air udang itu yang membuatkan hidangan lebih sedap berbanding biasa.

Seterusnya, tambahkan air kosong di dalam kuali berisi air tapisan udang, letakkan tiga akar daun ketumbar, tiga batang serai, halia sebesar ibu jari, lengkuas sebesar ibu jari, satu biji bawang merah dan enam helai daun limau purut.

Dalam pada itu, tambah tiga sudu pes tomyam dan satu sudu pes cili Thai (bersifat pilihan, kalau nak tambah lagi sedap).

Selepas bahan sudah sebati dan menggelegak, masukkan udang, cili padi dan setengah tin susu sejat, tomato, enoki, gula, garam serta serbuk perasa.

No comments:

Post a Comment