Products available

Tuesday, January 9, 2024

rempeyek rangup

RESEPI REMPEYEK RANGUP

BAHAN-BAHAN :

* 1 kg tepung beras
* 5 cawan air
* 2 cawan santan pekat
* 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
* 1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis**
* 3 sudu besar jintan kasar**
* 3 sudu besar ketumbar biji**

CARA MEMBUATNYA :

1. Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.

2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit2, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.

4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng.

NOTA :
Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.

Kredit : Ct Suryati

No comments:

Post a Comment