Products – Dropship & Dropshop

Friday, June 30, 2017

Authentic thai Tom Yum Goong....

Authentic thai Tom Yum Goong....

Sawadikap...teringin sangattttt nak makan TOM YUM ASLI THAI...selagi tak dapat, aduhaiii teringat2...kadang2 beli kat kedai rasa tak berapa sampai.....kecuali la kalau yang masak tu betul2 orang siam.

Masak sendiri sure puas hati, lagi2 dapat seperti yang diinginkan...pagi2 dah layan kueh tiaw tomyam. Rasanya perghhhhh cukup semuanya setanding dengan Tom yum asli Thai kat kedai siam.

Jom layan resepi AUTHENTIC THAI TOM YUM GOONG with two soup, TOM YAM GOONG NAM SAI version clear soup (Tom yum putih) and
TOM YUM GOONG NAM KHON creamy soup (Tom yum merah)

Bahan A:
-1 liter air
-4 batang serai (ketuk dan potong serong)
-Seketul lengkuas besar ibu jari (hiris kasar)
-5 ulas bawang putih (ketuk)
-10 helai daun limau purut (koyak)
-10 biji cili api (diketuk)

Bahan B:
-1/2 kg seafood (ketam, udang, sotong, fish fillet)
-Cendawan tiram semangkuk
-3 biji tomato (potong wedges)
-2 biji bawang bombay (potong wedges kasar)
-Daun ketumbar segengam (hiris kasar)
-2 sudu besar gula
-8-12 sudu besar sos ikan (ikut citarasa, tanak masin kurangkan)
-10-12 sudu perahan limau (ikut tahap kemasaman yg dikehendaki)

Bahan C:
*Bahan tambahan tuk Tom yum nam khon (Creamy soup/ tom yum merah)
-3 sudu besar Thai chili paste atau lebih untuk kuah yang pekat
-10 sudu besar susu cair

Cara:
1. Masukkan bahan A kedalam periuk, tutup periuk dan rebus hingga mendidih untuk keluarkan flavour dari serai, cili lengkuas & limau purut
2. Bila dah mendidih masukkan seafood dan cendawan, biarkan cendawan lembut sedikit
3. Masukkan tomato, bawang, daun ketumbar dan perasakan dgn sos ikan dan gula. Tutup api dan masukkan perahan limau.
4. Dah siap untuk Tom yum goong nam sai (tomyam putih).

Untuk Tom yum nam khon yang biasa kita makan kat kedai tom yum, cara2nya.
1. Soup tom yum putih yang dah disediakan awal tu dicampurkan dengan 3 sudu besar chilli paste dan 10 sudu besar susu cair.

No comments:

Post a Comment