Products available

Friday, June 30, 2017

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan:

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar (dipotong)
3 ulas bawang putih (dipecahkan)
4 hingga 6 ulas cili padi (diketuk )
2 hingga 3 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1 biji buah tomato (dipotong 6)
Cili merah atau cili hijau
Daun ketumbar (dihiris)
Minyak masak

Cara-cara:

1. Daging dibersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap sahaja.
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api.
8. Siap!

No comments:

Post a Comment