Products available

Wednesday, May 29, 2019

Cara elak kucing kencing/berak merata

Cara elak kucing kencing/berak merata

Kencing/tahi kucing bersepah-sepah kat car porch..
Pernah tak jadi macam ni? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan.. Kucing sekarang dah sekolah..
Ok iols nak share apa yang iols buat supaya kucing-kucing ni tak berak/kencing kat car porch..
P/S : Resepi buat sendiri je pikir logik akal.. Resepi dalam setiap pic ye.. Jangan risau simple nau2..

Campurkan cuka dan pewangi pakaian

Resepi :
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dia masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kat tempat yang disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand apa sebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya)
3. Air paip (agak-agak laa sampai penuh bekas spray)

Spray je!

Bekas spray beli kat kedai eco je..
Ha dah isi semua bahan dalam ni goncang-goncangkan dah boleh spray kat tempat mana yang kucing suka kencing/berak.. Alhamdulillah setakat ni car porch sis dah bebas bau kencing kucing.. Kalau tak, bukak je sliding door rasa nak pengsan.. Spray laa 2 hari sekali.. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak apa.. Selamat mencuba guys..

Kucing kesayangan berak/kencing dalam rumah?

Foto : furrypetsandmore.com
Menerusi perkongsian Sirap Limau, ini beberapa lagi cara berkesan elak kucing kesayangan anda berak atau kencing merata-rata di dalam rumah.
Cara pertama, kawasan yang terkena air kencing hendaklah dicuci dengan bahan pencuci daripada enzim dan bukannya ammonia. Dengan cara ini, bau akan hilang sepenuhnya dan tidak meninggalkan ‘tanda’.
Foto : kucingpedia.com
Selain itu, anda hendaklah kerap memeriksa litter box si manja dan menukar pasir dengan kerap. Ingat! Kucing pun tidak suka kawasan kotor ya.
Cara ketiga, anda hendaklah meletakkan litter box tersebut di kawasan yang tersembunyi dan jauh daripada pandangan orang. Kucing juga kebiasaannya tidak suka berkongsi dengan kucing baru. jadi sebaiknya sediakan lebih daripada satu litter box.
Yang paling penting, jangan sesekali tukar kedudukan litter box kerana kucing akan kembali membuang di kawasan lama.
Sumber : Ella Ahmad

No comments:

Post a Comment