Products available

Tuesday, May 28, 2019

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Mai Sedap Sungguh Rugi Tak Cuba

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Mai Sedap Sungguh Rugi Tak Cuba



Bahan Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Terbaik : Kuantiti untuk 4-5 pot beras untuk 6-7 orang makan.

Bahan Daging : 2-3 bahagian daging ikut pilihan masing-masing 1 sudu makan garam 3 liter air Basuh bersih daging , tak perlu potong. Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga daging empuk. Bagi yang ada high pressure cooker, senang. Setkan sahaja 30 minit . Siap.

Bahan Tumis Resepi Nasi Daging : 4 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 5 biji bunga cengkih 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar 1 kiub pati ayam 1 sudu makan minyak sapi + sedikit minyak masak ( kalau takde minyak sapi,guna je minyak masak ) 1/2 tin susu cair 2 sudu makan serbuk kurma 1 helai daun pandan simpul Secubit garam Sukatan ini untuk 4-5 pot beras ya. Cara Penyediaan Resepi Nasi Daging Utara : #1: Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis buah pelaga,kayu manis, biji cengkih, lada hitam tumbuk kasar hingga naik bau, barulah masukkan serbuk kurma. Tumis lagi hingga pecah minyak baru masukkan susu cair, daun pandan, kiub pati ayam.Bila dah mula sebati wangi perasakan dengan sedikit garam dan masukkan beras 4-5 pot. Kacau sekejap lepas tu pindahkan semua dalam periuk nasi/rice cooker. Tambah air rebusan daging ikut pot nasi. Contoh 4 pot beras, tambah 4 pot air rebusan nasi. Masak seperti biasa. Sementara nasi nak masak tu, kita buat air asam untuk pencicah daging.

Bahan Air Asam Nasi Daging : 2 sudu makan asam jawa 1 cawan air 2 biji bawang merah saiz sederhana 1 biji tomato 7-8 cili padi 2 cili merah besar 1/2 inci belacan yang dibakar 3-4 tangkai daun kesum yang dicincang halus Garam dan gula ikut pilihan.

#1: Potong dadu tomato, bawang merah dan potong cili. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air tadi, buang biji. Tumbuk belacan hingga hancur. Gaulkan semua bahan dan perasakan ikut selera. Jika anda suka pekat atau cair, hanya ubah air asam jawa ya. Asam jawa dengan air. Ok semua bahan dah siap dimasak, ambil daging rebus tadi dan potong nipis, letak daun bawang dan sedikit bawang goreng dalam nasi, letak air asam pencicah lepas tu makan lah sepuasnya. Sedap sungguh rasa nasi dan air asam seperti ni. Selamat mencuba resepi nasi daging air asam yang sedap ni. Memang berbaloi untuk anda cuba

No comments:

Post a Comment