Products available

Thursday, July 9, 2015

MEE REBUS (KUAH) PULAU MUTIARA

MEE REBUS (KUAH) PULAU MUTIARA
Bahan Utama:
500 gm mee kuning, dicelur (5 cawan)
500 gm daging lembu batang pinang, dihiris nipis
250 gm udang dibuang kepala sahaja - (aku rebus, kisar n tapis air kulit dan kepalanya)
50 gm sawi dicelur
250 gm taugeh dicelur
3 keping tauhu - dibakar dan dipotong nipis
2 sudu makan minyak sayuran
garam secukup rasa
sedikit gula (*boleh tambah sikit)
Bahan Lain : (Didadu, direbus & dikisar bersama)
2 biji (150 gm) ubi kentang
1 biji (150 gm) keledek
1 batang (100 gm) lobak merah
2 biji tomato dipotong bulat dan nipis
1/2 tin (170 gm) sup tomato - (*aku guna Kimball)
1/2 tin kecil (170 gm) puri tomato
5 sudu makan kicap cair
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cuka
1500 ml air untuk merebus daging
300 ml air untuk merebus udang (*aku terus masuk udang dlm kuah je)
Bahan C: (Ditumbuk & Tumis)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Bahan D: (Bahan Sampingan/Hiasan)
2 tangkai cili merah - dipotong serong nipis
2 tangkai daun sup - dipotong halus
2 tangkai daun bawang - dipotong halus
2 biji telur direbus - dibelah empat
3 biji limau kasturi - dibelah dua (*aku guna limau nipis)
5 sudu makan bawang goreng

Cara Memasak:
Rebus daging sehingga empuk. Toskan daging dan ketepikan air rebusannya.
Rebus udang bersama-sama kulit. Asingkan isi udang dan kulitnya. Kisar kulit udang bersama air rebusan udang tadi dan sesudah itu tapiskan air rebusannya, ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili kering. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging.
Masukkan air rebusan udang, campuran ubi keledek dan lobak merah yang telah dikisar halus, puri tomato, sos tomato, kicap, cuka, sos tiram, gula serta garam. Masak hingga mendidih.
Cara Hidangan disyorkan admin:
Setelah mee dicelor, tuangkan airnya. Didihkan kembali sebahagian kuah mengikut byk mee yang diinginkan, celor sekali lagi bersama kuah tu..masukkan taugeh dan sawi. Hidangkan bersama bawang goreng, cili merah, tauhu, daun sup, daun bawang, limau kasturi dan telur

No comments:

Post a Comment