Products available

Tuesday, July 28, 2015

NASI AYAM PALING SEDAP

NASI AYAM PALING SEDAP DI DUNIA
Special request dari Zainon Mohd Isa
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nasi Ayam:
sedikit mentega
3 cwn beras wangi
31/4 air rebusan ayam
sedikit serbuk kunyit.(kalau tak suka nasi berwarna kuning..abaikan)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave) ( aku x letak)
1/4 cwn Susu full cream
Serbuk pati ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan serta
sedikit serbuk kunyit.
Setelah naik bau masukkan 31/4 cwn daripada air rebusan ayam tadi, 1/4 cwn susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Kemudian tuangkan kedalam rice cooker tadi. Masaklah nasi seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
20 bj cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka ( aku letak perahan limau kasturi)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - aku tambah
sos cili
Blend cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam tadi. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dicampurkan dengan sedikit air rebusan ayam tadi.Kemudian dimasak didalam kuali sehingga mendidih.
Kuah Sup
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk , garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Inilah nasi ayamnya....aku gunakan beras biasa....
Jemput makan......
Okey enjoyy..

No comments:

Post a Comment